|
 |
|
Thursday, October 06, 2005
|

|
|
|
|
BIOGRAPHY
|
|
|
|
|
-Full Name: Siti Roziana Binti Mohd Zain-
-Commercial Name: Ziana Zain-
-D.O.B: May 02, 1968-
-P.O.B: Kampung Simpang, Merlimau Melaka-
-Height: 5' 4''-
-Status: Married-
-Siblings: 1 out of 5-
-Hobby: Singing & Cooking-
-Ambition: Engineer @ Pilot- |
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
EDUCATION
|
|
|
|
|
-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz- |
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
EXPERIENCE
|
|
|
|
|
-Pengalaman sebelum menjadi artis: Menjadi tukang masak kantin sebaik sahaja tamat persekolahan, kemudian menjadi operator pengeluaran di kilang JVC Shah Alam selama 7 bulan. Selepas itu berkerja sebagai juruwang di Holiday Inn Shah Alam sebelum menjadi pramugari MAS selama 2 tahun- |
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FAVOURITE
|
|
|
|
|
-Fav. Foods: Sambal Tumis & Masak Lemak Cili Api-
-Fav Drinks: Teh Tarik-
-Fav. Colour: Green-
-Idol: Anita Sarawak-
-Fav. Singer: Anita Baker & Whitney Houston-
-Fav. Actor/Actress: Allayarhamah Normadiah, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Julia Roberts- |
|
|
| |
|
|
| -------------------------------------------------------------------------------- |
|
|
|
|
|
|
Gadis hitam manis, anak kepada pegawai polis ini dilahirkan di Merlimau, Melaka 37 tahun dahulu. Dari pekerja kilang, gadis ini bertukar karier menjadi seorang pramugari. Namun minatnya dalam bidang seni mula membuak-buak ketika bertugas di syarikat penerbangan itu, lantas gadis yang dikenali sebagai Ziana Zain ini mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian yang diadakan di tanah air. Ketika itu tiada siapa yang mengetahui dia adalah kakak kepada penyanyi cilik, Anuar Zain yang sebelum itu amat dikenali dengan nyanyian lagu Kain Pelikat.
Lantas bakat Ziana dapat juga dihidu oleh BMG Music. Pada tahun 1992, Ziana Zain akhirnya berjaya menghasilkan album sulungnya. Tanpa diduga albumnya mendapat sambutan menerusi lagu hits Madah Berhelah yang juga merupakan judul album tersebut. Anak sulung dari 5 beradik ini mula dikenali dan dilihat bakal menjadi diva suatu hari nanti. Telahan itu semakin menjadi realiti apabila album kedua Ziana Zain berjudul Ziana Zain menghasilkan jualan menghampiri 100 ribu unit.
'Mania' Ziana Zain bermula selepas itu. Sana sini orang memperkatakan tentang dirinya selepas era diva seperti Rohana Jalil, Ramlah Ram, Francesca Peter, Aishah dan Fauziah Latiff. Dua tahun selepas itu Ziana Zain muncul lagi dengan album baru berjudul Setia Ku Di Sini. Album ini benar-benar menakjubkan dan mengejutkan sendiri syarikat rakamannya. Jualan album ini menghampiri 200 ribu unit dan membuatkan Ziana menjadi artis wanita paling popular di era awal 90an hingga kini.
Lantas dia juga telah dipikat oleh prosedur filem terkenal yang turut digelar 'The Six Million Dollar Man', Datuk Yusuf Haslam untuk membintangi filem Sembilu 1 & 2 dan Maria Mariana 1 & 2. Jelas populariti Ziana banyak membantu pasaran filem itu. Dia bukan sahaja cantik, berbakat dalam nyanyian tetapi dia juga mampu menjadi pelakon yang hebat. Dengan kejayaan dan mutu lakonan Ziana, menyerlahkan lagi kehebatan penyanyi ini untuk bergelar sebagai anak seni yang serba boleh. Maka lahirlah album ke satu album untuk Ziana Zain. Atas kejayaan dan pencapaiannya, Ziana Zain muncul dengan Konsert Unplugged di Life Centre, Kuala Lumpur pada tahun 1995.
Bukan semua artis berjaya dengan konsert seperti itu. Selepas hampir 7 tahun mencipta nama di persada seni, Zana akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Perkahwinan Ziana Zain dianggap majlis perkahwinan paling gemilang (artis tempatan) pada alaf lalu apabila ia dihadiri oleh puluhan ribu peminatnya walaupun tanpa diundang. Ramai berkata, status perkahwinan bakal melenyapkan populariti seterusnya karier artis terbabit tetapi Ziana membuktikan tanggapan itu salah. Ziana membuktikan bakat, imej dan kesungguhan yang ada pada diri artis mampu untuk individu artis itu meneruskan kariernya. Bersama suami tersayang, Armin Zaharin dan anaknya Mohd Aiman, Ziana terus gah berdiri sama tinggi dengan artis-artis yang sedia ada. Nama terus dikenang dan dia akan terus menjadi ratu di hati peminatnya sejak sekian lama.
Lantas BMG telah mengabadikan sebuah album khas untuk Ziana Zain yang berjudul Ratu sebagai tanda penghormatan ke atas kejayaannya selama 12 tahun di dalam bidang seni. Dengan himpunan lagu-lagu terbaik yang pernah dihasilkan bersama syarikat rakaman BMG seperti Madah Berhelah, Puncak Kasih, Setia Ke Akhir Hayat, Anggapanmu, Tiada Jodoh Antara Kita, Setia Ku Di Sini, Di Akhir Garisan (with Ning Baziura, Nora & Dessy Fitri) dan Menadah Gerimis pastinya album akan dikenang sepanjang masa oleh peminat Ziana sampai bila-bila. |
| -------------------------------------------------------------------------------- |
| WHAT DO THEY THINK ABOUT ZIANA? |
|
AZMEER
"Bagi saya Ziana merupakan seorang penyanyi yang punya identiti tersendiri. Suara tingginya begitu dinamik, bagus dan begitu tersendiri. Bekerja dengannya merupakan satu pengalaman yang manis dan baik kerana dia merupakan seorang yang profesional. Dia bukan sekadar ingin menyanyi, sebaliknya ingin mengetahui segala proses dari susunan muzik hingga melodi. Pendek kata senang bila bekerjasama dengannya. Cuma satu kelemahannya Ziana ini terlalu bersikap rendah diri dan kurang keyakinan walaupun dah lama berkecimpung di dalam industri ini."
ADNAN ABU HASSAN
"Ziana seorang yang profesional. Cara kami bekerja lebih kepada kawan-kawan tanpa membataskan jurang antara penyanyi dan juga komposer. Dia juga selalunya akan bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan sebaik masuk studio. Punya identiti tersendiri dengan vokal uniknya sehingga ada pihak yang ingin meniru gayanya. Dari situ saya dah anggap dia berjaya kerana ada orang yang mahu menjadi sepertinya. Dan lagi satu, sepanjang bergelar anak seni, saya rasa dia seorang yang bebas dari gosip panas. Keseluruhannya dia berjaya dan kini semakin berjaya membina imejnya."

FAUZI MARZUKI
"Satu perkara yang saya kagum mengenai Ziana Zain ialah vokal nyaringnya yang dimilikinya. Dia mempunyai mutu suara yang baik. Bekerja dengannya juga senang kerana dia merupakan seorang penyanyi yang selalu bersedia, tepat masa dan paling penting tidak bermasalah. Satu pandangan saya terhadap Ziana ialah dia patut muncul dengan sebuah album setiap tahun kerana dia mampu menawan hati serta memukau peminat muzik di luar sana dengan caranya yang tersendiri."
JOHARI TEH
"Ziana seorang penyanyi yang punya identiti tersendiri. Vokalnya mempunyai power dan style yang tak ada pada artis lain. Bekerjasama dengannya juga amat mudah kerana dia terlalu komited dengan kerjayanya. Sepanjang bekerjasama dengan Ziana, kami memang tiada masalah. Sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman, Ziana bijak mengawal feelnya yang natural sekali gus membuatkan dia terus diterima. |
|
|
source : http://www.geocities.com/zianazainsite/
Posted at 12:12 pm by greatestsinger
 |  |  | syah July 31, 2009 03:02 PM PDT
stop comment tentang kak ziana, nanti klu aku ikut komen, takut tak nak brenti plak.. sebab aku minat giler ngan ziana zain... vokal paling hebat di dunia........ lagu sentiasa fresh biarpun bertahun2 di dengar... |  |
  |  |  | JAKE January 22, 2008 02:30 PM PST
ZIANA TU TAK BOLEH NYANYI LAGU TRADISIONAL LA BONGOK.SUARA DIA TEGAK MEMANJANG....KERAS JE.ASYIK NAK MENJERIT MACAM JACLYN...DAPAT BINTANG PALING POPULAR PUN BARU SEKALI.
CUMA LAH PERGI LAYARI sitizone.com.Bandingkan CT dan Ziana.....Bukak lah mata ko tu beso2... |  |
  |  |  | zairin September 20, 2007 07:59 PM PDT
ziana tetap hebat dimata kami.kami tetap akan setia pd beliau. hidup ziana zain. |  |
  |  |  | zamj September 20, 2007 09:51 AM PDT
ZIANA PUN DAH TAK NAK NYANYI LAG2 NADA TINGGI...
DIA DAH SEMPUT DAH...
TAK HEBAT MANA PUN DIA TU...
AKU TAHU RAMAI JANTAN2 LEMBUT MINAT NGAN ZIANA...AUWWWWW!!!
SITI NURHALIZA WALAUPUN DAH 12 RAHUN MENYANYI MASIH LAGI PENYANYI NOMBOR SATU ASIA...PEMINAT ZIANA JGN DENGKI.....
ni la sikap dan sifat orang melayu..MELAYU...mmg ziana sudah tak mampu menanyi dengan nada yang tinggi...biasala orang dah beranak nak atau tidak akan berlaku perubahan pada vokal...walau apa jua ziana tetap ada vokal tersendiri tak guna juga jadi penyanyi no1 selama 12thn tapi berlambak range vokal yg hampir sama...bagi saya Siti tetap habat dan Ziana ada kedudukan sendiri..anatar perintis dan antara penyanyi wanita yg mempunyai vokal terbaik di Malaysia..saya tetap menghargai artis2 yang bermutu tak kira yang evergreen mahupun yang terkini spt Siti. JIka kita gabungkan diva2 Malaysia dlm satu konsert besar besaran...percayalah...seluruh Asia akan kagum dengan artis yg kita ada...
|  |
  |  |  | azrulll June 24, 2007 02:40 AM PDT
hah kak ziana..bila nak keluar album baru nye? dah tak nak menyanyi lagi ke? sian kami yg menunggu ni. dah hampir 5 thn x ada album baru. |  |
  |  |  | mila June 24, 2007 02:35 AM PDT
tah apa2. nak bandingkan ct dan ziana. masing2 ada kelebihan dan kekurangan. setiap manusia ada zaman mrk. maybe ko jerk yg x tahu, maybe ko di takdirkan zaman mcm pepek., |  |
  |  |  | jake May 16, 2007 04:41 PM PDT
ZIANA PUN DAH TAK NAK NYANYI LAG2 NADA TINGGI...
DIA DAH SEMPUT DAH...
TAK HEBAT MANA PUN DIA TU...
AKU TAHU RAMAI JANTAN2 LEMBUT MINAT NGAN ZIANA...AUWWWWW!!!
SITI NURHALIZA WALAUPUN DAH 12 RAHUN MENYANYI MASIH LAGI PENYANYI NOMBOR SATU ASIA...PEMINAT ZIANA JGN DENGKI..... |  |
  |  |  | budakpendek February 9, 2007 10:52 PM PST
come to visit www.zianazain.multiply.com |  |
  |  |  | adon February 9, 2007 10:51 PM PST
bila la nak kuar album baru nye ziana. tak nak jd penyanyi dah ke? |  |
  |  |  | Syafiq September 2, 2006 10:13 AM PDT
Saya dari Brunei Darussalam. Disini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah buat kak ziana kerana telah banyak menambat hati ribuan peminat kat Brunei. Saya cuma nak tunggu album terbaru kak ziana kerana dah lama tak keluar album rindu sangat lah and bila kak ziana nak buat konsert solo. |  |
  |  |  | cArMbEz_aDiE June 10, 2006 11:07 PM PDT
askuM...,kak ziana..bile nk kuar album baru..?buat ar lagu yg bez2 n gempak...k,THANKZ... |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla May 29, 2006 12:03 PM PDT
Pada saya kak ziana adalah artis yang hebat........kak ziana tiada tandingan....... vokal kak ziana memang power............. kak ziana memang sentiasa mendapat perhatian kalau pergi mane2 majlis anugerah................kak ziana memang bijak bergaya.................kak ziana memang VOGUE!!!..........dalam banyak2 baju yang kak ziana pakai dalam majlis anugerah yang saya suke macam masa anugerah era 2002..............kak ziana memang paling mendapat perhatian masa tu.....kak ziana masa tu macam alicia keys.................LUV U KAK ZIANA..... |  |
  |  |  | dearie May 13, 2006 01:10 PM PDT
kak ziana................
blessed with great complextion,golden voice,humour and everything just right to be an idol of mine not for now but alwaz foreva...
luv u kak ziana..
dearie~singapore~ |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla May 10, 2006 10:15 PM PDT
pada saya pasal kes kak siti dangan tuk pah tu tutup jer lah.................kadang-kadang kesian saya tengok tuk pah asik naik turun mahkamah jer...............buat apelah nak besar-besarkan kes ni..............alah lagipun tuk pah dah pernah top cam kak siti tu...............die pun dulu pernah jadi penyanyi nombor satu negara..............saya harap kes ni akan tutup...............dan berdamailah kamu berdua.......... |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 29, 2006 12:40 PM PDT
Sebenarnya saya macam tertanya pasal kes Datuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza sebab kes dia tegantung macam tu aje........ saya rasalah sebenarnya mesti ada orang yang dengki kat Datuk Sharifah Aini cakap Datuk yang buat e-mel fitnah Siti tu................kadang-kadang saya pun sebersalah nak cakap mana satu yang betul......................orang ni pun kadang-kadang tak baik buat Datuk Sharifah Aini macam tu..............kalau ye pun nak cemburu dengan kak pah pun buat ape...........kalau ye pun Datuk Sharifah Aini tu kaya,memang patut pun.............dia nyanyi dah lama....... dia pun dulu macam Siti Nurhaliza jugak.............dia pun dulu pernah menaikkan nama negara...........pasal yang dia dibayar sebanyak RM250,000 oleh Istana Budaya tu memang patut pun..........dia superstar..........dialah satu-satunya Biduanita Negara kat malaysia ni.............lagipun memang patut dia kaya sebab dia nyanyi dah lama.............dialah artis yang paling banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.............saya harap kes ni selesailah cepat.........saya akan sentiasa mendoakan Datuk Sharifah Aini semoga sihat dan semoga murah rezeki............... |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 29, 2006 12:39 PM PDT
Sebenarnya saya macam tertanya pasal kes Datuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza sebab kes dia tegantung macam tu aje........ saya rasalah sebenarnya mesti ada orang yang dengki kat Datuk Sharifah Aini cakap Datuk yang buat e-mel fitnah Siti tu................kadang-kadang saya pun sebersalah nak cakap mana satu yang betul......................orang ni pun kadang-kadang tak baik buat Datuk Sharifah Aini macam tu..............kalau ye pun nak cemburu dengan kak pah pun buat ape...........kalau ye pun Datuk Sharifah Aini tu kaya,memang patut pun.............dia nyanyi dah lama....... dia pun dulu macam Siti Nurhaliza jugak.............dia pun dulu pernah menaikkan nama negara...........pasal yang dia dibayar sebanyak RM250,000 oleh Istana Budaya tu memang patut pun..........dia superstar..........dialah satu-satunya Biduanita Negara kat malaysia ni.............lagipun memang patut dia kaya sebab dia nyanyi dah lama.............dialah artis yang paling banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.............saya harap kes ni selesailah cepat.........saya akan sentiasa mendoakan Datuk Sharifah Aini semoga sihat dan semoga murah rezeki............... |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 26, 2006 06:27 PM PDT
Saya rasa dekat malaysia ni memang susah nak cari artis yang boleh ke peringkat asia dan antarabangsa.......pada saya artis yang sudah berjaya ke peringkat asia dan antarabangsa adalah satu pencapaian yang amat besar.....artis yang saya maksudkan ialah seperti Datuk Sharifah Aini,Anita Sarawak,Sheila Majid,Ella,Ziana Zain,Ning Baizura dan Siti Nurhaliza..............tahniah saya ucapkan kepada artis-artis yang berjaya ke peringkat asia dan antarabangsa.............merekalah diva segala diva di malaysia..........GOOD LUCK |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 25, 2006 04:14 PM PDT
Saya rasa dekat malaysia ni yang memang layak digelar diva ialah Datuk Sharifah Aini,Anita Sarawak,Sheila Majid,Ella,Fauziah Latiff,Ziana Zain,Ning Baizura,dan Siti Nurhaliza...........mereka memang benar-benar layak digelar diva.........mereka bukan saja layak digelar diva malaysia,malahan mereka juga layak digelar diva asia dan antarabangsa......................HIDUP DIVA |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 24, 2006 06:04 PM PDT
Kak ziana dengan kak siti saya lebih suka kak ziana...........kak siti pun saya suka tapi cuma kadang-kadang dia nyanyi tu suara dia kadang-kadang tak kena dengan lagu yang dia nyanyi tu.........lagu-lagu dia pun cepat muak...........kak ziana memang seorang penyanyi yang profesional.........kalau kak ziana berkerja besungguh-sungguh lagi kak ziana boleh berdiri sama tinggi dengan Datuk Sharifah Aini dan Anita Sarawak...........apapun saya akan sentiasa mendoakan kak ziana agar sihat dengan sejahtera.........good luck |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 24, 2006 05:47 PM PDT
Hai kak ziana..........saya amat meminati lagu-lagu kak ziana........tapi lagu kak ziana yang paling saya suka ialah lagu anggapanmu..........lagu tu memang lagu kegemaran saya..........walaupun lagu tu lagu lama tapi lagu tu tetap sedap didengar sampai sekarang..............lagu tu memang menjiwai..............kena pulak dengan vokal kak ziana memanglah bertambah sedap lagu tu.............saya amat terpegun dengan vokal kak ziana.........walaubagaimanapun tiada siapa yang boleh menandingi vokal kak ziana...............HIDUP KAK ZIANA |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 23, 2006 10:18 PM PDT
Sebagai peminat setia kak ziana,saya akan sentiasa menyokong kak ziana walau dimanapun kak ziana berada.........kak ziana juga adalah di antara artis yang menerima bayaran tertinggi di malaysia...............LUV U KAK ZIANA |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 23, 2006 06:30 PM PDT
Hi kak ziana.........saya juga amat terpegun dengan vokal kak ziana......saya rasa kalau sekarang nak cari penyanyi yang sama macam suara kak ziana memang tak jumpalah sebab suara kak ziana memang unik........kak siti pun suaranya sedap tapi senang kalau orang nak cari penyanyi yang sama macam suara kak siti.........walaubagaimanapun suara kak ziana tiada tandingan..........hidup kak ziana.............................. |  |
  |  |  | Nafe@DIVAElla April 23, 2006 03:15 PM PDT
Hi kak ziana........saya amat bangga dengan apa yang telah kak zina kecapi selama kak ziana bergelar artis....saya teringin sangat nak tengok kak ziana buat konsert solo..........kalau boleh kak ziana bergabunglah dengan diva-diva yang seangkatan dengan kak ziana macam kak ella,kak sheila,kak ning dan kak siti........kalau boleh bergabunglah dengan diva yang lebih lama berkecimpung dalam bidang seni macam Datuk Sharifah Aini dan anita Sarawak.....ok semoga berjaya........good luck |  |
  |  |  | NINA April 3, 2006 07:06 PM PDT
CAN U CHANGE THA ALL ABOUT ZIANA ZAI...MAKE A NICE ROOM FOR HER....SO BAD...CAN U TAKE NICE PICTURE TO PUT HERE.....
PLZZZ...I WANT SEE MORE ABOUT ZIANA ZAIN..
FRM: NINA INDONESIA |  |
  |  |  | Razali March 29, 2006 10:23 PM PST
Ziana Zain has a great vocal voice and nice to be listen everyday.. If comparision between her and Siti NurHaliza, i would go for Ziana... Cause Siti just got the looks to be success, and her voice quality is not that good, as compare to Ziana whom are bless with the X-Factors.. No harsh feeling to anyone cause i just stated as what i feel.. Ziana all the best in your life.. Kemelut di muara kasih are my favourite.. Ciao!!!! |  |
  |  |  | Linnie February 27, 2006 01:01 PM PST
Sayer minat sangat kak ziana ni.. Tahniah ngan semua kejayaan kak ziana and actually sayer minat kakak coz dapat menyanyikan lagu ngan note yang tinggi.. !
Congratulation again kak ziana!
Wish u all the best! |  |
  |  |  | ariel February 19, 2006 12:05 PM PST
hi, ziana zain, rindulah kat awak...bila nak kuar album baru.. |  |
  |  |  | easy January 7, 2006 08:53 AM PST
zz is super duper singer in malaysia!
she should go to the international level!not just in asian.. |  |
  |  |  | lingman January 1, 2006 12:19 PM PST
hi |  |
  |  |  | charles December 28, 2005 03:07 PM PST
i knew about ziana from my friend who study at my country (US).i enjoy her voice. |  |
  |  |  | charles December 28, 2005 03:06 PM PST
i knew about ziana from my friend who study at my country (US).i enjoy her voice. |  |
  |  |  | budakpendek December 21, 2005 02:11 PM PST
Truly – a dream come true
She’s the first singer in Malaysia to have her perfume, thanks to a deal with Nutrimetics. Now, Ziana Zain and Nutrimetics are set to another milestone by coming out with a range of skin care products soon.
“Truly best reflects my feelings about the perfume. Its about honesty. It’s about me, so when my fans or anyone for that matter uses the perfume, they remember me” she said. The perfume is sold RM129 per bottle of 60ml.
Nutrimetics general manager Brian O’Callahan said the company was delighted to have Ziana as their spokesperson. “She is famous celebrity who is humble, works hard, is a great role model and an inspiration not only to her legion of fans but also Nutrimetics dealers and distributors nationwide. I’m proud of Ziana who is not only a wonderful person but a fantastic singer and actress with incredible ambition to scale greater heights through hard work and dedication,” He said.
|  |
  |  |  | rizalhrlmy December 20, 2005 11:28 PM PST
kak ziana memang penyanyi yang hebat... |  |
  |  |  | zianajr. December 19, 2005 09:14 AM PST
she was just more than a 'great'!! |  |
  |  |  | fakhrul December 9, 2005 12:54 PM PST
ziana zain' albums
click on...
http://sensasian.com/view/search.pl/EN/ArtistS/Ziana+Zain |  |
  |  |  | fakhrul December 9, 2005 12:51 PM PST
ZIANA ZAIN'S ALBUMS
CLICK ON..
http://sensasian.com/view/search.pl/EN/ArtistS/Ziana+Zain |  |
  |  |  | .............. December 9, 2005 12:49 PM PST
je recherche une ziana marocaine pour mon mariage de juin |  |
  |  |  | Hans December 9, 2005 12:44 PM PST
ZIANA: I USED TO BE A TOMBOY
If Ziana was a naughty little girl during her childhood days, it was somewhat different during her school days. She turned out to be a big girl who was behaving much like a boy.
"I was like a boy in school, a tomboy really. I don't know why but I felt quite natural. I was kind of rough and most of the boys were scared of me. There's not even one boy around who was brave enough to come near me. If anyone tried to be funny with me, I would chase him around with a shoe in my hand.
"Talking about my school days, I remember one funny incident. I lost my way during a cross country and found myself in a rubber plantation.
"I just cannot forget that stinking smell of bad latex. It took me quite a while before I realized I was lost, the smell must have made me feel dizzy. You know, I think I went bonk and suddenly I found myself holding tightly onto the trunk of a rubber tree," Ziana laughs.
THEY CALLED ME 'MINAH KILANG' (FACTORY GIRL)
AFTER leaving school, Ziana worked in a canteen. The job last for only three months, maybe the work conditions were not suitable.
She later took a clerical job but that too last for just two months. She then switched to a new career in a tv factory in Shah Alam.
She worked there for quite sometime, seven months. It was during those short months when she began to wear the headscarf, but later she decided to go without.
It was after some determined efforts, Ziana finally found a promising job as Malaysia Airline air hostess. But then, the job wasn't actually what she had wanted. Says the singer and actress, she was only accompanying a cousin sister who was attending a job interview for air hostess post. She took the opportunity gave it a try anyway and, surprisingly, she got the job.
The sad thing, says Ziana, her cousin who had been pestering her to tag along for the interview, was less successful and didn't get the job.
|  |
  |  |  | Nina December 9, 2005 12:43 PM PST
THAT'S JUST ONE OF MY FUNNY PASTIMES, SAYS ZIANA
During her younger days, says Ziana, she loved to stroll all over the places in and around her hometown with friends. If a day went by without going out on a stroll, she would feel sort of uneasy because it was like a habit.
"We really enjoyed strolling just any where without any specific destination in mind. There were times when we were back home late at dusk. Mother noticed this strange habit of mine. She used to get angry and gave some pep talks. But all her advices usually entered my left ear and went out the right.
"Other unusual pastimes I had when I was a little girl were tree climbing, getting dirty at waterholes and playing with home-made carbide guns. Maybe I was being too naughty. Once i fell off a jambu tree but luckily I didn't suffer serious injuries.
"Dad was there and he saw it happen before his eyes. He had a hell of a shock thinking that I was going to die for sure. But you know, like the old folks' are saying, naughty kids will live a long life.
"Today, when my old friends and I get together, we would all have big laughs remembering those good old days.
"I think the nostalgia of my childhood days were the best part of my life. It's something of the past that will never come back. It's been so many years behind now, but the memories are still there all the time," says Ziana, smiling and appearing as happy as she's always been ever since those good old days.
|  |
  |  |  | Danial December 9, 2005 12:43 PM PST
ZIANA KNOWS NO DEFEAT
DESPITE the endless birth of new talents in music and the world of make believe, their existence does not in any way pose a threat to the popularity of Siti Roziana Zain (Ziana Zain).
This Malacca lass has made her presence an irresistible impact in entertainment. Little known as a leading singer in a police combo album titled 'Kau lbarat Lilin' (You're Like a Candle), she later joined BMG Music in 1991 and shot to stardom with her debut album 'Madah Berhelah'(Disguised Words).
To top it all, she was selected for the leading roles in Yusof Haslam's box-office films Sembilu, Sembilu II, Maria Mariana and Maria Mariana II. Her natural talent in acting has contributed to the acclaimed success of those films. Her accomplished performance is also seen in Merah, a film directed by singer/composer M. Nasir.
Interestingly, her success on the big screen does not in any way retard her original career in the entertainment world as a singer. Her latest album titled 'Puncak Kasih' (Love Peak) has recorded a sales of 100,000 units in just a few weeks after its release.
With the successes and popularity, Ziana has impressed the international watchmaker Omega to be picked as the model for the brand name in Malaysia.
For the selection, Ziana was listed amongst big names like Cindy Crawfords, Pierce Brosnan, Michael Schumacher, Alexander Popov and other famous stars. This is Ziana's highest accomplishment, following her recent successful stint in Kazakhstan.
The glitters and glamours of showbiz isn't enough to make her contented with life. She works harder for more fulfillments. With regular encouragements and morale boosters from her folks, Ziana earns herself a series of achievement awards.
Ziana's tough early life, having to earn a living as a factory worker, office helper and hotel employee before becoming an air hostess, was a blessing in disguise. It had taught her valueable lessons about life.
|  |
  |  |  | Will December 2, 2005 07:04 PM PST
tak sabar2 nak tunggu album ziana yang terbaru....satu lagi kalau boleh EMI tolong buatkan satu album kompilasi iaitu VCD yang mana mengumpulkan koleksi persembahan ziana live semasa dipertandingan juara lagu yang pernah diikuti olehnya |  |
  |  |  | pesod November 18, 2005 06:18 PM PST
tak sabar nak tunggu album terbaru kak ziana kita nie...
dengar nyer..pembikinan album beliau amat telita disebabkan Ramli M.S yg jadi penerbit eksekutif nyer...
mesti gempak komposisi dan susunan lagunyer...
|  |
|
|
|